23/06/2016 : THR Gegar – Isu Suntik Vaksin, Imam Muda Ammar Muat Naik Status Cetus Kemarahan Netizen?

0
151
views

Isu Suntik Vaksin, Imam Muda Ammar Muat Naik Status Cetus Kemarahan Netizen?

Jun 23, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber Medical mythbusters Malaysia, FB Rem Dambul

Sekarang tengah panas dengan penyakit Difteria yang kini sudah meragut nyawa seorang kanak-kanak di Melaka. Seperti yang diketahui umum, Difteria merupakan satu wabak berjangkit yang serius yang boleh menganggu pernafasan anda sehingga boleh menyebabkan kematian. Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru ibubapa agar memastikan anak mereka menerima imunisasi vaksin lima serangkai bagi menghalang terdedah dengan jangkitan Difteria.

Namun, ada juga pihak yang tampil kemukakan pendapat dengan memuat naik status sindiran sekaligus mencetus kemarahan orang ramai di Facebook.  Seorang Imam Muda Ammar dikatakan  mempersendakan isu serius ini apabila sesetengah pihak menyalahkan vaksin 100% yang menyebabkan punca berlakunya kematian. Mungkin Imam Muda Ammar tidak bermaksud ingin memperlekehkan isu ini, namun status tersebut menjadi viral dan kebanyakan netizen menganggap ianya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab daripada seorang yang disegani.


Bukan sahaja netizen yang berang, malah ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham juga menganggap tindakan sebegitu tidak sepatutnya berlaku bagi seseorang yang mempunyai nama di Malaysia. Berikut merupakan penjelasan daripada pihak Medical mythbuters Malaysia dan juga komen daripada individu yang membidas kembali kenyataan Ammar berkenaan isu ini.

Penjelasan daripada Medical mythbusters Malaysia

Individu yang membidas kenyataan Imam Muda Ammar: 



Sedar akan tindakan yang menyebabkan namanya tercalar, Ammar memuat naik status terakhir memohon maaf kepada semua dan beri penjelasan sebenar maksud status terawal yang dimuat naik.

Jelas Ammar, status yang dimuat naik atas dasar bercampur dengan perasaan marah bagi mereka yang meletakkan kematian yang berlaku disebabkan Vaksin bukanlah takdir yang sudah ditentukan oleh Allah.

Ammar juga dengan sendiri melucutkan gelaran Imam Muda dan memohon agar orang ramai tidak melibatkan rakan-rakannya yang lain diatas tindakannya yang mencalarkan imej Imam Muda yang lain.

*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm