Saturday, December 16, 2017
Home Media 29/06/2016 : Sinar Online – M3 kongsi ilmu perubatan

29/06/2016 : Sinar Online – M3 kongsi ilmu perubatan

0
159
views
M3 kongsi ilmu perubatan

SHAH ALAM – Komuniti doktor perubatan di laman Facebook dikenali sebagai ‘Medical Mythbusters Malaysia’ (M3) bersedia berkongsi ilmu dengan pihak media berkaitan isu kesihatan termasuk vaksinasi.

Menerusi satu kenyataan, Dr Mohd Syamirulah Rahim mewakili M3 berkata, selari dengan objektif dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat atau kerjasama yang diperlukan.

“Kami di Medical Mythbusters Malaysia terdiri pakar dan pegawai bidang kesihatan sedia dihubungi bagi khidmat nasihat atau kerjasama mana-mana pihak terutama media massa berkaitan isu kesihatan termasuk vaksinasi,” katanya.

Menurutnya, para doktor seluruh Malaysia sedang bertungkus-lumus memberikan maklumat benar dengan sumber rujukan berkaliber sekali gus memperbaiki persepsi masyarakat terhadap vaksinasi demi kemaslahatan ummah.

“Umum sudah maklum negara kita berhadapan masalah kemunculan kembali jangkitan dan wabak penyakit cegahan vaksin contohnya difteria, pertussis (batuk kokol) dan measles yang dahulunya sukar didengari,” katanya.

M3 platform di Facebook, bertujuan menangkis dan menjawab pelbagai fitnah dan mitos dilemparkan terhadap bidang perubatan khas di Malaysia. M3 juga menawarkan alternatif kepada orang awam mendapatkan maklumat tepat.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/m3-kongsi-ilmu-perubatan-1.537470