“Apa nak buat jika jari terpotong?”

0
775
views

Rawatan kecemasan ini boleh diaplikasi untuk jari kaki, jari tangan, atau mana – mana bahagian tubuh badan.

Kalau nampak tepi jalan ada orang terputus jari. Apa nak buat dengan jari yang terputus itu?

  1. Pergi tanam belakang rumah
  2. Simpan dalam poket bawa pergi hospital
  3. Buat – buat tak nampak dan cabut
  4. Bawa ke hospital dengan cara yang betul

Tick…tock…tick…tock….

Jawapannya sudah tentu lah D.
Tapi macam mana nak buat dengan betul?


BAHAGIAN TERPUTUS (Amputated part)

  1. Bersihkan bahagian terputus secara berhati – hati. Jika boleh dengan air sterile. Jika tiada sterile water, lalukan dengan air paip pun boleh.
  2. Balutkan bahagian terputus dengan kain atau tisu yang bersih dan dilembapkan dengan air. Jika ada gauze, lebih baik.
  3. Letakkan bahagian yang dibalut tadi dalam beg plastik yang kedap air seperti Zip Lock bag.
  4. Letakkan beg plastik tadi dalam bekas yang berisi ais. Pastikan beg atau bekas ini bersih dan selamat untuk dibawa.

JANGAN ADA DIRECT CONTACT antara ais dan bahagian yang terputus!

This slideshow requires JavaScript.

BAHAGIAN YANG MASIH SELAMAT (Amputated limb)

  1. Bersihkan tangan atau kaki yang masih selamat dengan sterile water atau air paip.
  2. Pakai gamgee, gauze atau kain bersih (darurat) untuk menghentikan pendarahan. Jangan diletak adrenaline atau suture salur darah yang masih elok.
  3. Naikkan sedikit bahagian ini keatas (elevate limb) untuk mengurangkan pendarahan.
  4. Immobilize atau kurang kan pergerakan bahagian yang terselamat dengan splint atau kayu.

 

BAWA MANGSA DAN JARI KE HOSPITAL

Bawa secepat mungkin. Perlu ingat, walau apa pun terjadi, doktor mempunyai prinsip LIFE BEFORE LIMB. Doktor akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Jika ada pendarahan di otak dan pendarahan dalam abdomen (intra abdominal injury), para doktor akan fokus kepada yang lebih memudaratkan nyawa.

Masa juga memainkan peranan yang amat penting. Lebih awal ke hospital, lebih tinggi kebarangkalian untuk bahagian terputus disambung semula. Secara am nya, jika bahagian yang terputus masih merah dan nampak bersih, ia petanda yang baik. Tapi jika dah berwarna biru, peluang makin tipis.

Dah belajar sesuatu?
Apa lagi SHARE la biar semua orang tahu.

MOfrust
Bekas Pegawai Perubatan Kecemasan
#Medical_Mythbusters_Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here