Doktor Kata Boleh Discaj, Bukan Bermakna Boleh Terus Packing Pakaian, Bersalaman Dan Terus Balik

0
544
views

Jururawat “selalu” menerima rungutan daripada pesakit atau waris pesakit yang berada di wad kerana lambat menyiapkan dokumen discaj .

DISCAJ

Dimana seseorang pesakit yang ditahan di wad , diberi kebenaran oleh pegawai perubatan yang menjaga untuk keluar daripada wad selepas tahap kesihatan semakin pulih.

Pihak hospital perlu menyiapkan banyak proses discaj dalam sehari.Dan yang membuatkan lambat itu adalah sebab sistem dan proses Discaj itu sendiri.

Anda perlu menunggu beberapa ketika untuk doktor dan jururawat menyiapkan segala dokumen penting yang berkaitan dengan urusan discaj.

Proses menyiapkan ‘Discaj’ pesakit :

  1. Menerima arahan daripada pegawai perubatan
  2. Menyemak rekod perubatan pesakit
  3. Memberitahu pesakit/waris
  4. Menyediakan discaj

Dalam menyediakan discaj pesakit,ada beberapa perkara WAJIB yang perlu anda tahu :

DISCAJ SUMMARY (RINGKASAN DISCAJ)

Ia adalah ringkasan tentang pesakit berkenaan, segala perawatan yang telah pesakit terima sepanjang keberadaan di wad tersebut selain serba sedikit ringkasan diagnosis penyakit yang dihidapi pesakit.Discaj summary penting bagi pesakit contohnya dalam urusan ‘claim insurans’.

SLIP UBATAN

Apabila pesakit dibenarkan untuk pulang ke rumah,pesakit akan dibekalkan dengan ubatan-ubatan yang perlu pesakit ambil berterusan apabila pulang ke rumah.Untuk pembekalan ubatan daripada farmasi memerlukan slip yang ditandatangani oleh PEGAWAI PERUBATAN (BUKAN JURURAWAT) disertakan sekali nama,dosej,dan kekerapan ubatan tersebut yang perlu pesakit ambil .

MC (SIJIL CUTI SAKIT)

Bagi pesakit yang bekerja,sudah tentu memerlukan sijil cuti sakit untuk diserahkan kepada majikan masing-masing.Perlu diingat bahawa sijil cuti sakit memerlukan tandatangan dan pengesahan pegawai perubatan,BUKANNYA jururawat.Jururawat perlu berlari kesana-sini untuk mendapatkan cop dan tandatangan MO (Medical Officer).Perlu memeriksa butiran pesakit seperti nama dan IC yang betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang timbul.

PENGISIAN BORANG BERKAITAN

Apabila pesakit dibenarkan pulang,mereka yang dirujuk ke jabatan-jabatan lain untuk sesi perawatan lanjut contohnya Fisioterapi akan diberikan borang rujukan bagi memudahkan pesakit merujuk kepada jabatan yang berkenaan.

BILLING

Jururawat/kerani yang bertugas akan menyiapkan bil pesakit sepanjang keberadaan di wad tersebut.Jika pesakit tinggal di wad selama satu minggu, maka banyaklah data dan maklumat yang perlu dimasukkan bagi tujuan ini.Contoh (sample darah / xray /scan /pembedahan).Ia agak memakan masa yang lama bergantung kepada tempoh seseorang pesakit telah menginap di wad.

TCA (Appointment @ “To Come Again”)

Pesakit yang discaj biasanya akan diberikan satu tarikh untuk berjumpa doktor dalam tempoh masa tertentu (Follow Up) di klinik-klinik yang berkenaan.Jururawat akan menghubungi klinik tersebut bagi tujuan mendapatkan tarikh temujanji mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor pakar.Kami bukan sewenang-wenangnya boleh memberikan tarikh sesuka hati.Semuanya mengikut apa yang telah diarahkan.

PEMERIKSAAN

Sebelum membenarkan pesakit untuk pulang ke rumah,jururawat perlu memeriksa pesakit (Head to Toe) bagi melengkapkan proses discaj pesakit.Contohnya mengeluarkan dahulu jarum (Branula) di tangan pesakit/mengeluarkan catheter (tiub kencing) jika ada.

*Perlu difahamkan bahawa dalam masa jururawat menyiapkan discaj pesakit,jururawat juga perlu menyiapkan segala pelan perawatan pesakit-pesakit lain yang masih berada di wad.

*Jururawat perlu melayani pesakit lain yang menghadapi masalah dan kesukaran untuk melakukan sesuatu.

*Jururawat perlu melayani segala ‘karenah’ pesakit-pesakit yang selebihnya.

JADI,

Ia bukannya semudah dengan hanya menulis dalam 1 dokumen sahaja,pesakit sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah sambil bernyanyi-nyanyi menuruni lif hospital sampaikan lupa mengucapkan TERIMA KASIH kepada kakitangan wad.

DAN

Pihak hospital tidak sebegitu tegar untuk menyimpan anda di dalam wad dalam tempoh yang agak lama.Yang pastinya tidak semudah itu untuk melepaskan anda pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Silalah tunggu giliran anda dengar sabar.Tidak perlu menjadi seorang yang Prejudis.

Lara Marina
Jururawat Terlatih
link : https://www.facebook.com/lara.marina.84
#M3 ⁠⁠⁠⁠

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here