Medical Mythbusters Malaysia ™

0
885
views

Alhamdulillah, tanggal 24 Januari 2017 yang lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah meluluskan pendaftaran M3 selaku sebuah pertubuhan yang sah disisi undang-undang dan berperlembagaan.

Sehubungan dengan itu, nama rasmi pertubuhan M3 yang didaftarkan adalah “Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (Medical Mythbusters Malaysia)“.

Mesyuarat Agung Medical Mythbusters Malaysia

Dan pada tarikh bersejarah 24 Januari 2017 itu juga, Mesyuarat Agung Pertama Medical Mythbusters Malaysia telah diadakan bertempat di Universiti Malaya. Mesyuarat Agung ini melakar perlembagaan M3 termasuklah melantik ahli jawatankuasa tertingginya seperti berikut :

Ahli Jawatankuasa Tertinggi M3

Pengasas M3

  1. Dr. Ahmad Firdaus Mohd Haris
  2. Dr. Ahmad Mahyuddin Mohamed
  3. Dr. Khairul Hafidz AlKhair
  4. Dr. Mohd Syamirulah Rahim
  5. MOFrust

Pengerusi
Dr. Ahmad Firdaus Mohd Haris

Timbalan Pengerusi
Dr. Mohd Syamirulah Rahim

Setiausaha Agung
Dr. Nooreen Farzana Mustapha

Timbalan Setiausaha
Nur Nabiila Masfuzah

Bendahari Agung
Dr. Nur Jalila Mohd Ariffin

AJK
Dr. Ahmad Mahyuddin Mohamed
Dr. Kamarul Ariffin bin Nor Sadan

PERKEMBANGAN M3

Pada 23 Julai 2016 yang lalu, laman facebook M3 secara rasminya telah dilancarkan oleh Datuk Dr. Noorhisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Pada ketika itu, laman Facebook M3 mencatatkan seramai 22, 459 subscriber, mendapatkan maklumat yang ditawarkan oleh 30 ahli perubatan yang menganggotai M3.

Kini genap enam bulan kemudian, laman facebook M3 dihurung oleh 70, 264 subscriber, menjadikan M3 sebagai antara laman FB utama bagi orang awam untuk mendapatkan maklumat perubatan.

Dan daripada 30 ahli pertama yang menggangotai M3, kami diserikan lagi dengan pertambahan pakar-pakar dan anggota perubatan baru sekaligus menjadikan jumlah anggota M3 kini mencecah 56 ahli. Ahli terbaru yang menganggotai M3 adalah seperti berikut:

Dr. Anna Liza Roslani,
Pakar Obstetrik & Ginekologi
Pakar Maternal Fetal Medicine
Kuantan Medical Centre
Prof Dr. Sean Lee Mun Seng,
Timbalan Dekan Klinikal,
Professor of Ophtalmology,
Quest International University
Dr. Firdaus Hariri,
Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial
Universiti Malaya
PPP Muhammad Faizol bin Zulkifli
Penolong Pegawai Perubatan U29
Hospital Alor Gajah, Melaka
Fatimah binti Azman
Seksyen Koordinasi Regulatori
Pusat Pendaftaran Produk
Agensi Regulatori Farmasi Negara
Prof. Madya Dr. Ariffin Nasir
Pensyarah Perubatan Dan Pakar Pediatrik
Mej (Dr) Rusyainie Ramli
Pegawai Kanan Perubatan
Angkatan Tentera Malaysia
Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih U29
Dewan Bedah, Hospital Banting.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ang Wei Chern
Pegawai Farmasi
Clinical Research Centre
Hospital Tuanku Fauziah
Dr Syed Abdul Khaliq Bin Syed Abd Hamid,
Pakar Pediatrik & Pensyarah, IIUM
Muhamad Nur Ismawi Bin Alias
Penolong Pegawai Perubatan U29
Jabatan Kecemasan, Hospital Banting.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Harizah Mohd Yaacob
Pegawai Dietetik
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr. Saidatul Akmar Binti Mohammad Redzuan
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Fahmi Hassan
Pegawai Farmasi,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ammar Bin Kamar
Pegawai Farmasi UF44
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr. Nur Lisa Zaharan
Pensyarah Kanan Farmakologi
Universiti Malaya
Dr. Ahmad Rostam Md Zin
Pakar Psikiatri
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr. Muhammad Izzat Bin Abdul Razak
Pegawai Perubatan UD48
Jabatan Obstetrik & Ginekologi
Anwari Hamzah
Jururawat Terlatih U29,
GICU, HKL
Kementerian Kesihatan Malaysia
K.Heygaajivan a/l Kernas
Seksyen Promosi Penggunaan Ubat Berkualiti
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Ahmed Bin Kamarulzaman
Pegawai Perubatan dan Kesihatan UD44
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ruqayyah Muhammad
Pegawai Dietetik
Hospital Universiti Sains Malaysia
Mohammad Aswady Adenan
Cawangan Penguatkuasa Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Muhamad Iqbal bin Rosali
Pegawai Pergigian UG44
Kementerian Kesihatan Malaysia
Zuhailah Mohd Shafawi
Pegawai Farmasi
Hospital Shah Alam
Noor Puspamarina Binti Radzali
Jururawat Terlatih U29
Kementerian Kesihatan Malaysia

LAMAN WEB M3 DAN INSTANT ARTICLE

Kami di M3 sentiasa komited ke arah menawarkan informasi-informasi perubatan yang jelas, tepat, cepat, efisyen dan sahih ke segenap lapisan masyarakat. Kami bermula dengan Facebook sebagai platform yang digemari rakyat Malaysia untuk melonjakkan kami ke perhatian masyarakat. Ahli-ahli M3 tampil secara berkala di media cetak dan elektronik. Garapan-garapan M3 dipetik di dada akhbar, dan ada penulisan kami turut dicetak di majalah kesihatan tempatan dan luar negara. Personaliti-personaliti M3 sering dijemput untuk diwawancara secara langsung di televisyen dan radio. Terdapat juga ahli-ahli M3 yang turun padang, menyantuni masyarakat dalam aktiviti kesukarelawanan dan menjadi panelis dalam forum-forum bersama orang awam. Bahkan terdapat ahli M3 yang turut menjadi penasihat produksi drama televisyen bergenre perubatan (nantikan kemunculan kami di skrin TV anda!).

Pada penghujung 2016, kita dikejutkan dengan penutupan laman FB Pseudoscience Watch akibat menghadapi laporan beramai-ramai oleh pihak yang tidak gemarkan pekung dan mitos kesihatan mereka dibongkari. Insiden ini membuatkan kami lebih berhati-hati, bahawa dalam misi memandaikan masyarakat, pasti akan ditentang oleh mereka yang enggan masyarakat dipandaikan. Mereka inilah golongan yang menangguk di air keruh, mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat, menyebarkan pelbagai prasangka buruk dan tohmahan ke bidang perubatan demi mengaut keuntungan.

Sehubungan itulah, laman web Medical Mythbusters Malaysia (M3) di alamat http://medmythbusters.my dibangunkan. Ianya dijadikan sebagai hub, arkib pengumpulan artikel-artikel yang ditulis oleh para ahli M3, termasuklah rekod digital, rakaman-rakaman dan montaj-montaj yang digunakan.

Laman M3 dibangunkan dengan menepati teknologi Instant Articles oleh Facebook agar ia dapat diakses dengan pantas dan mudah oleh pengguna FB. Ia juga telah direka agar memenuhi standard Accelerated Mobile Pages (AMP) Google supaya turut mendapat kelebihan serupa apabila diakses enjin carian.

Lebih penting lagi, laman web M3 memiliki ciri-ciri keselamatan dan perlindungan artikel-artikel (backup) bagi memastikan penulisan yang ada tetap kekal dan bergema, relevan sepanjang masa.

KOLABORASI, NON PARTISAN

Selain M3, kita juga dapat lihat perkembangan positif di media sosial melibatkan penubuhan pelbagai kumpulan dan persatuan bagi menyebarkan maklumat khasnya mengenai sains dan kesihatan.

Di peringkat awal penubuhan, M3 bekerjasama rapat dengan MedTweetMy, sebuah organisasi perubatan berdaftar yang aktif di Twitter. M3 juga bekerjasama dengan page seperti The Dressar & Co, Pseudoscience Watch dan Masyarakat Kena Tahu (Ori).

Kini, kita dapat lihat page-page dan kumpulan ini semakin meluaskan impak mereka. Laman-laman seperti Jom Kenal Ubat, Public Health Malaysia, Root of Science kini turut menjadi rakan media sosial M3. Dan yang terbaru, kita meraikan penubuhan Delegation of Nurses (DON) sebagai platform media sosial rakan-rakan jururawat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan masyarakat.

Banner M3 bersama associated pages di bahagian bawah.

Tidak berlaku sebarang pertembungan pendapat mahupun pertelagahan antara kami semua, kerana kami semua bergerak atas satu misi yang sama – berkongsikan maklumat perubatan yang betul dan sahih kepada masyarakat agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan khabar angin dan mitos memudaratkan.

Menariknya, kesemua kumpulan dan persatuan ini bergerak secara sukarela, di luar tugas rasmi dan hakiki di tempat kerja masing-masing. M3 sendiri dianggotai oleh ahli perubatan dari pelbagai sektor – kerajaan, swasta, akademik, tentera. M3 akan kekal non-partisan dan tidak dibiayai oleh pihak luar melainkan dari poket setiap ahli masing-masing. Kepentingan M3 hanyalah kepada ilmu yang sahih dan selamat untuk kesihatan masyarakat umum, serta keselamatan dan kebajikan petugas kesihatan sendiri.

HARAPAN DAN MASA DEPAN

Ahli M3 yang dianggotai 56 pakar dan profesional perubatan ini hanyalah satu permulaan. Daripada 56 ahli ini, beberapa pasukan dapat ditubuhkan agar gerakkerja kami menjadi lebih efisien. Kejayaan M3 didaftarkan sebagai persatuan yang sah, membolehkan kami menonjolkan diri di hadapan masyarakat. Logo M3 akan semakin dikenali sebagai sumber rujukan ilmu perubatan.

Persatuan M3 juga kini dilindungi undang-undang, membolehkan kami berdiri sebagai satu entiti membela dan mempertahankan rakan-rakan dalam bidang ini yang teraniaya dan tidak dibela.

Namun kami tidak akan berhenti di sini. Ini hanyalah satu permulaan. Kami akan terus membuka mata, mengenalpasti permata-permata dalam kalangan ahli sains dan perubatan untuk diserap menjadi sebahagian dari pasukan kami.

Kami akan terus menulis, melukis, bercakap, bercerita, menjawab, memberikan kefahaman, menangkis tohmahan, bagi memastikan maklumat kesihatan yang berlegar dalam kalangan masyarakat adalah benar-benar sahih, tidak membahayakan.

Kami, adalah Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (Medical Mythbusters Malaysia).

Dr. Mohd Syamirulah bin Rahim
Timbalan Pengerusi
Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here