Pantang

0
68
views

Masyarakat kita terkenal dengan pantang makannya.
Kadangkala pantang larang tidak berasas.
Sampai tergugat status kesihatan diri,
Masih mahu berpantang lagi kah kita
bila nyawa dan sihat menjadi taruhan.

Ibu mengandung katanya Pantang jumpa..
Apa rasa nak makan semua ditelan
Kesudahannya, berat naik, gula darah naik, tekanan darah mencanak-canak tingginya.

Ibu baru bersalin,enggan makan ikan segar,katanya pantang hanya makan ikan kering sahaja.
Makan nasi tiada sayur dan buahnya.
Minum air secawan sahaja
Akibatnya susu tidak ada, ditopup formula pula.
Sembelit terasa.
Masuk toilet hazabnya rasa.

Orang lepas dioperasi pula.
Tidak makan ayam dan telur juga.
Hanya minum kopi O dan nasi kosong sahaja
Ikan bakar sejenis sahaja.
Sayurnya tiada,buahnya entah ke mana.
Manakan mahu cepat sembuh lukanya pula.

Makan ubat hospital, pantang buah Dan daging pula.
Katanya berlawanan dengan ubat yang diambil pula.
Tapi makan megi tak mengapa pula
Katanya buat ubat, sedikit tak mengapa.

Semasa di wad, dimasukkan tiub makanan.
Susu diberi kuatlah badan.
Bila sudah boleh makan,susu dikatakan penyebab cirit pula
Sedangkan susu, lauk ikan Dan ayam sumber protein utama
Untuk membantu penyembuhan luka

Mahu berpantang pun biarlah seimbang
Agar badan sihat dan kuat barulah senang.

Jika tak tahu janganlah segan
bertanyalah kepada dietitian
Jangan risau yang bukan-bukan
InsyAllah , kami tak makan

Silakan Share jika bermanfaat

Ruqayyah Muhd
Dietitian
Medical Mythbusters Malaysia

#diet4mak
#tanyalahdietitian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here