Penjualan Ubat Menggugurkan Bayi Di Laman Sosial

0
846
views

Penjualan tablet bagi tujuan pengguguran haram nampaknya menjadi trending di wechat dan facebook akhir-akhir ini.

Dari gambar-gambar yang diletakkan kononnya sebagai testimoni bagi saya hanyalah google image yang ditempek dan cubaan memadamkan watermark pada gambar-gambar itu ternyata jelas. Penjual ingin mengatakan bahawa ia merupakan testimoni mereka.

Walau bagaimanapun, isu pembuangan bayi bukanlah perkara baru di negara kita. Boleh dikatakan saban hari ada saja akhbar melaporkan mengenai kes sebegitu sehingga bagaikan lumrah dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Lazimnya, kes membuang bayi seperti ini membabitkan kes kehamilan di luar nikah tidak kira akibat gejala sosial atau kecurangan pasangan dan ia dilakukan untuk mengelakkan berita kehamilan si ibu dari tersebar.

Tetapi, ada juga yang mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan sebelum perut membesar bagi mengelakkan maruah mereka dari tercalar.

Bukan tidak ada klinik yang menawarkan khidmat pengguguran bayi secara haram. Dan mereka bersekongkol dengan wanita-wanita ini semata-mata kerana digelapkan mata dengan wang.

Pengguguran haram seperti ini boleh memberi implikasi besar kepada kesihatan individu berkenaan kerana kebiasaannya ia dilakukan tanpa prosedur perubatan yang ditetapkan atau prosedur dikendalikan oleh pihak yang tidak terlatih.

Wanita yang menggugurkan kandungan secara haram berisiko tinggi menghadapi kematian disebabkan perdarahan yang berlaku selain jangkitan pada rahim. Mereka juga terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan.

Undang-undang negara kita mengharamkan pengguguran kerana ia adalah satu jenayah. Malah, mereka yang terbabit dalam kes pengguguran berkenaan boleh didakwa.

Ada beberapa cara pengguguran dilakukan samaada melalui pengambilan pil, cara moden dengan menggunakan sedutan vacum atau mengorek menggunakan sejenis alatan malahan ada juga melalui kaedah tradidional iaitu dengan mengurut atau memasukkan benda asing ke dalam rahim. (Saya pernah membaca mendengar cerita dari orang-orang dulu bahawa bidan kampung menggunakan buluh runcing dan memasukkannya ke dalam rahim untuk mencucuk janin yang tidak dikehendaki. Prosedur dilakukan selepas wanita itu diberikan sejenis herba yang mampu menyebabkan janin gugur)

Selain kehamilan luar nikah, ada juga kes pengguguran berlaku atas sebab tertentu yang mana wanita yang sudah berkahwin tetapi belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Antara alasan yang akan dikemukakan untuk melakukan pengguguran adalah sumber kewangan yang masih tidak mencukupi, mengalami tekanan emosi, belum bersedia dan juga anak masih kecil.

Semua agama di dunia melarang pengguguran tetapi sekiranya ia akan memudaratkan ibu mengandung dari segi perubatan, kandungan itu perlu digugurkan.

Pengguguran memberi kesan besar pada seseorang yang melakukannya. Jika ia tidak dilakukan dengan betul, jangkitan boleh berlaku. Selain itu, perdarahan dalaman yang terjadi juga boleh menyebabkan wanita tersebut maut.

Rahim juga boleh mengalami kecederaan jika pengguguran secara tradisional dilakukan kerana kebiasaannya ia dilakukan oleh mereka yang tidak bertauliah dan mereka menggunakan alatan tajam seperti buluh, ranting kayi dan juga lidi.

Untuk jangka masa yang panjang, kemungkinan wanita berkenaan sukar untuk mengandung lagi kerana proses pengguguran itu juga boleh mengakibatkan usus dan rahim melekat selain saluran ovari tersumbat. Kemungkinan berlaku kehamilan luar rahim juga tinggi. Bagi kes rahom yang tercedera semasa proses pengguguran; rahim berkemungkinan pecah jika kecederaan itu tidak disedari dan wanita itu hamil semula. Paling-paling pun; wanita yang menjalani proses pengguguran haram ini juga boleh mengalami kemandulan. Dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada mental dan emosinua selepas mendirikan rumahtangga kelak.

Kemungkinan mengalami masalah psikologi juga boleh terjadi terutama apabila sudah meningkat umutnya kerana menyesali perbuatan yang pernah dilakukan dahulu.

Kesan pengguguran haram kepada;

Diri sendiri:

  • Jangkitan kuman pada bahagian peranakan.
  • Mengalami pendarahan dalam perut yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Kecederaan pada rahim.
  • Sukar untuk mengandung lagi
  • Mandul.
  • Kemurungan berikutan teringat akan anak yang pernah dibuang.
  • Maruah tercalar dan akan menjadi malu apabila perkara itu diketahui oleh masyarakat.

Keluarga :

  • Malu
  • Porak peranda kerana akan saling menyalahkan atas kelakuan wanita yang melakukannya
  • Hilang kepercayaan kepada pelaku.
  • Keluarga akan disalahkan kerana tidak pandai mendidik anak.

Kesimpulannya,

Bagi mengelakkan gejala ini dari berlaku, kesedaran perlu datang dari pelbagai pihak. Beri kerjasama kepada mangsa/remaja/wanita yang hamil di luar alam pernikahan. Beri cadangan tempat tinggal yang dapat memberikan rawatan rohani selain emosi kepadanya. Jangan menuding jari dari mencari salah siapa. Buat aduan kepada pihak berwajib jika mendapati ada remaja yang hamil di bawah umur.

Sumber gambar dari laman akhbar Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here