Produk Penyembuh Arthritis & Ligamen ACL yang Putus – Itu semuanya Pembohongan!

0
369
views

Arthritis saya terus hilang selepas spray produk istimewa ini!
Lutut saya kembali stabil selepas mengambil produk ini!
Saya boleh berlari 5 km tanpa henti selepas memakai produk ini!
Isteri saya tersenyum manis sambil menjeling ke arah saya kini!

Errkkkk!

Itulah antara testimoni yang anda akan lihat di Timeline Facebook anda saban hari. Hebat betul kan produk-produk ni?
Biar saya jelaskan perkara sebenarnya buat anda. ELAKKAN DARIPADA DITIPU HIDUP-HIDUP!

Apa yang produk-produk ini boleh buat ialah MELEGAKAN kesakitan anda dan BUKAN menyembuhkan Arthritis atau menyambungkan kembali urat lutut ACL (Anterior Cruciate Ligament) anda!

Arthritis pula ada beberapa tahap kerosakan sendi yang berbeza. Setiap tahap mempunyai cara rawatan tersendiri. Tahap awal artritis boleh dilegakan dengan ubat sapuan atau spray ini, namun ia bukannya menyembuhkan.

Arthritis adalah satu penyakit yang akan menjadi semakin teruk apabila kita meningkat usia & sekiranya kita menggunakan sendi tersebut berterusan tanpa langkah pencegahan.

Ligamen ACL yang putus pula MUSTAHIL bersambung kembali tanpa pembedahan. Ia TIDAK AKAN BERSAMBUNG kerana anatomi lutut manusia dan kehadiran cecair synovial fluid di dalam lutut kita tidak membenarnya proses penyembuhan yang normal daripada berlaku. Produk sapuan atau spray atau makan yang mengatakan akan menyembuhkan ACL adalah TIDAK BENAR. Ia hanya boleh melegakan kesakitan atau ketidakselesaan lutut anda sahaja.

Jika setakat produk sapu dan spray, anda boleh dapatkan di hospital kerajaan dengan mendaftar di kaunter klinik kami dengan bayaran RM5. Tak perlulah membayar puluhan, malah ratusan ringgit untuk beli produk jualan Online & setakat dapat melegakan sementara sendi anda.

Ini artikel yang saya tulis mengenai ACL setahun yang lalu. Kongsikan dengan orang yang anda sayang. Sayangkan mereka & sayangkan WANG mereka. Kerana, semakin ramai manusia di luar sana yang membuat duit dengan memanipulasi jiwa anda yang tertekan akibat kesakitan anda!

#DrMahyuddin
Pakar Ortopedik
#MedicalMythbusterMalaysia
#MedTweetMY
#MalaysianMedicalGazette
#ACLTear
#Osteoarthritis

23/01/2017

PS Anda boleh baca artikel tulisan mengenai Arthritis & ACL di www.mmgazette.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here