Friday, July 21, 2017

Profil M3

Didalam era teknologi maklumat berkembang pesat, melalui pengaruh media sosial seperti Facebook, kita mendapati banyak individu tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu dan berbahaya kepada masyarakat.

Khususnya dalam bidang perubatan, kerana bidang ini melibatkan kesihatan dan nyawa manusia.

Golongan tidak bertanggungjawab ini, memberikan pelbagai maklumat yang salah kepada orang awam, menipu orang awam agar mempercayai kata-kata mereka.

Menyedari hakikat bahawa golongan ini semakin berkembang, sekumpulan professional perubatan yang terdiri daripada doktor, pembantu perubatan, ahli farmasi, ahli fisioterapi, jururawat dan sebagainya, berkumpul menubuhkan sebuah gagasan yang dikenali sebagai

Medical Mythbusters Malaysia (M3).

Medical Mythbusters Malaysia adalah sebuah gagasan yang dianggotai oleh anggota perubatan bertauliah, untuk menjawab mitos dan fitnah ke atas bidang ini.

M3 bertujuan menangkis dan menjawab pelbagai fitnah dan mitos yang dilemparkan ke bidang perubatan khasnya di Malaysia.

M3 juga menawarkan alternatif kepada orang awam dalam memberikan maklumat yang tepat dan benar dari mereka yang ahli dan bertauliah dalam bidang masing-masing.

Semoga kewujudan M3 di persada masyarakat, mampu mencegah fenomena “doktor auta” di FB serta mengekang kewujudan golongan ruwaibidhah, iaitu golongan yang diceritakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai “orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.”